Rabu, 4 Disember 2024

Baba Nyonya

Ruangan ini menceritakan tentang Baba Nyonya. Segala hal yang berkaitan baba nyonya akan dirujuk kepada bahan-bahan yang ada di Koleksi Melaka.


Masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai pengaruh budaya pemakaian orang Melayu. Keistimewaan busana Baba Nyonya Melaka amat terserlah. Ia berasimilasi antara budaya masyarakat zaman awal dinasti Cina dengan Kesultanan Melayu Melaka. Busana tarian Baba Nyonya Melaka diambil daripada pakaian tradisional masyarakat ini yang terdiri daripada baju kebaya, kain batik sarung dan aksesori kerongsang berangkai bagi wanita.

Baju kebaya yang bermotif indah ini dibuat daripada kain atau benang menggunakan seni sulaman tangan yang halus. Tidak sempurna busana Baba Nyonya ini jika tidak dilengkapi dengan kasut manik yang cantik buatan tangan. Corak dan motif kasut ini bertemakan flora dan fauna. Selain itu, pemakaian busana Baba Nyonya Melaka ini diserikan lagi dengan hiasan sanggul di kepala sama ada bersanggul satu atau bersanggul dua dengan cucuk sanggul bermotif flora dan fauna, serta pemakaian gelang kaki, rantai dan gelang tangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan