Isnin, 18 November 2024

Pengenalan Koleksi Melaka

Terletak di Aras 2, Perpustakaan Negeri Melaka di Bukit Baru.

Koleksi Melaka mengumpul atau menghimpunkan semua bahan yang dicetak, diterbit dari dalam dan luar negeri Melaka yang berkaitan dengan aspek dan hal ehwal Negeri Melaka; bahan koleksi yang ditulis, dicetak dan diterbit oleh anak kelahiran atau yang bermastautin di negeri Melaka; semua bahan bacaan yang dicetak atau diterbitkan di Negeri Melaka tidak kira dalam bentuk atau bahasa yang digunakan.


Pintu masuk Koleksi Melaka di Aras 2, PERPUSTAM
Di manakah Perpustakaan Melaka? Sila tekan,

Antara bahan yang dipamerkan dalam Koleksi Melaka adalah buku, buku Nadir, Terbitan Berkala, Laporan Seminar, Kertas Kerja, Tesis, Risalah, Dokumen Rasmi Kerajaan dan Keratan Akhbar.

Selain itu, Koleksi Melaka juga mempunyai sudut Hang Tuah, Sudut Pelancongan, Koleksi Tokoh dan Koleksi Peribadi. Berikut adalah gambaran dan suasana Koleksi Melaka.

Koleksi bahan-bahan berbentuk buku.
Lihat senarai buku : [Buku-buku Koleksi Melaka]

Koleksi Tokoh. Terdapat 26 tokoh yang terlibat. Lihat [Senarai Tokoh-tokoh]

Sudut Hang Tuah. Lihat : 

Pameran peragaan pakaian budaya di Melaka. Lihat : [Budaya Melaka]

Ingin menelaah dan membaca buku-buku di Koleksi Melaka? 
Sila tekan dan baca Syarat Penggunaan Bahan Koleksi Melaka : syarat penggunaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan