Ruangan ini menceritakan tentang Portugis di Melaka. Segala hal yang berkaitan Portugis akan dirujuk kepada bahan-bahan yang ada di Koleksi Melaka.
Masyarakat Portugis merupakan satu lagi golongan etnik yang sinonim dengan negeri Melaka. Kehidupan budaya masyarakat Portugis dapat dilihat melalui kemeriahan busananya.
Kebanyakan komuniti Portugis ini menetap di Ujong Pasir, Melaka. Busana tarian ini sangat mempesonakan. Busana wanita terdiri daripada skaf menutup kepala, blaus, skirt dan dilapisi apron. Bahagian dalam skirt mempunyai seluar khas berwarna hitam. Bagi busana lelaki pula seluar panjang berkaki besar, baju lengan panjang, beropol, skaf di leher serta topi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan