Sabtu, 16 November 2024

Syarat-syarat penggunaan bahan Koleksi Melaka

Demi menjaga keaslian dan kemutuan bahan-bahan Koleksi Melaka supaya bertahan lama, tidak hilang dan rosak, buku-buku atau mana-mana bahan yang disediakan tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar dari bangunan perpustakaan ini. 

Bahan-bahan boleh dirujuk semasa berada di dalam ruang koleksi Melaka dan difotokopikan (salinan) beserta bayaran, yang dibuat oleh Kakitangan Perpustakaan di Kaunter terdekat.

Beg, fail simpanan kertas, alat tulis yang tajam seperti gunting, pisau dan sebarang cecair atau sapuan gam tidak dibenarkan di bawa masuk. 


Berikut adalah peraturan-peraturan untuk/di Bahagian Koleksi Melaka;

1 . Pengguna dan penyelidik yang hendak menggunakan bahagian ini perlu membawa SURAT KEBENARAN daripada pihak sekolah/ IPT/Majikan

2 . Pengguna dan penyelidik dikehendaki mengisi borang rujukan yang disediakan sekiranya ingin membuat kajian dan rujukan.

3 . Bahan di Bahagian Koleksi Melaka cuma untuk RUJUKAN sahaja.

4. Bahan rujukan Koleksi Melaka TIDAK DIBENARKAN dibawa keluar kecuali dengan kebenaran daripada Kakitangan yang bertugas.

5.  Pengguna dan penyelidik yang ingin membuat salinan fotokopi dikehendaki MENGISI BORANG yang disediakan. Sila kepilkan bersama kad pengenalan.

6 . Setelah membuat salinan fotokopi pengguna mestilah kembalikan bahan tersebut ke Bahagian Koleksi Melaka untuk disemak oleh kakitangan bertugas.

7 . Pengguna juga dikehendaki meletakkan kembali bahan yang dirujuk ke tempat asal.


MAKLUMAN KEPADA

PELAJAR SEKOLAH
Menyertakan surat daripada pihak sekolah untuk tujuan rekod

PENUNTUT IPTA/IPTS
Membawa kad pelajar dan surat rasmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan